|
Pasirtumbuh@pos's Blog
SERTAILAH PERJUANGAN ISLAM
|
 Blog For Free!
Archives
Home
2008 May
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
|
| Bicara pelajar dari pondok Pasir Tumboh, Kelantan |
| 05.14.08 (11:56 pm) [edit] |
|
Assalamualaikum wbt.
Buat sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, sebelum ana memulakan bicara ini terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah taala kerana masih mampu kita berbicara dan melangkah di bumi yang fana ini. Moga segala peluang yang ada ini dapat kita gunakan untuk mencari redhaNya.
Salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. keluarga baginda, para sahabat r.a. dan tabien sterusnya insan-insan yang merindukan suasana Islam.
Dalam menempuh gelombang dunia akhir zaman ini kita yang lemah iman pastinya dalam kebingungan dan keresahan dalam suasana alam yang penuh dengan fitnah dan seribu satu macam maksiat yang menyebabkan hati tiada ketenangan dan mencari kedamaian.
Ana sangat perihatin dan terharu dengan khabar angin palsu yang mengatakan ana sudah kembali ke Rahmahtullah. Namun tidak pula ana menganggap ia sebagai satu fitnah dan tohmahan, kerana anggapan ana kesilapan ini mungkin berpunca dari diri ana sendiri, menyepikan diri tanpa khabar angin yang pasti.
Sebulan lebih ana tak menulis dan begitu cepat sekali masa berlalu, sampaikan ada juga sahabat yang beranggapan ana sudah meninggal dunia mash'Allah! Baiklah sekarang ini sudah jelas bahawa ana masih hidup lagi, jadi tidak perlulah kita nak fikirkan benda yang tak pasti dan beranggapan yang bukan-bukan.
Apa pun bukan perkara ini yang hendak ana bicarakan bersama kalian. Hakikatnya cuma ingin berkongsi pengalaman dan bermuzakarah iaitu bertukar-tukar fikiran mengenai urusan-urusan Islam bersama-sama.
Baru sebulan ana menuntut di Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah ( Pondok Terusan Pasir Tumboh ). Inilah sebabnya sekian lama ana tidak submit entry. Mungkin sahabat tertanya-tanya kenapa seorang graduan macam ana beralih arah untuk belajar di Pondok. Kenapa belajar di Pondok? dan untuk apa belajar di Pondok?
Inilah penjelasannya, umum diketahui bahawa pusat pengajian Islam tradisional yang lebih dikenali dengan "Mengaji Pondok" ini adalah satu-satunya institusi ilmu yang berhubung rapat dengan masyarakat yang dibuka dan dilaksanakan atas keperluan musyarah oleh induvidu muslim yang ikhlas tampa mengharapkan imbuhan dunia.
Bermatlamatkan menjadi seorang mukmin yang beriman dengan akidah yang sahih dan amalan yang benar. Sebenarnya institusi pengajian Pondok ini telah diasaskan oleh para ulama' beberapa abad yang lalu adalah kesinambungan daripada Madrasah Rasul.
Walau bagai mana pun kita lihat betapa tanggapan masyarakat terhadap institusi pengajian Pondok begitu rendah sekali, walhal kalau kita "compare" dengan IPTA dan IPTS yang lain, ia juga memainkan peranan yang tersendiri. Kalau IPTA atau IPTS yang lebih kepada pengajian sekular melahirkan graduan bergelar intelek maka Institusi pengajian Pondok pula melahirkan graduan yang bergelar ulama'.
Mari kita imbas kembali sejarah Institusi pengajian Pondok, tidak dapat dinafikan bahawa ia telah memberi saham yang besar dalam perkembangan politik dan sosial Negara. Sebelum zaman penjajahan contohnya, Institusi pengajian Pondok menjadi sumber utama masyarakat Islam untuk menimba ilmu, kemudian dalam era penjajahan pula ia telah menampilkan pejuang daripada golongan ulama' yang digeruni penjajah.
Namun setelah peralihan ke zaman kemerdekaan, berlaku kebangkitan Islam yang menyebabkan kecenderungan untuk menuntut di Pondok. Lihatlah Institusi pengajian Pondok dengan identitinya yang tersendiri dianggap oleh sesetengah masyarakat sebagai "jumud" atau rendah taraf sebenarnya memiliki keistimewaan dan kepentingan luar biasa yang sebenarnya tidak mampu ditandingi atau dicapai oleh pendidikan sekular yang lain.
Contoh-contoh yang ana dapat dan nampak keistimewaannya setelah empat minggu menjadi penuntut berdaftar di Pondok Pasir tumboh ini.
Pertamanya, ia mengamalkan kongsep pendidikan Rasulullah. Di mana Institusi Pondok ini merupakan satu-satunya pusat pengajian yang mengamalkan kongsep pendidikan Rasulullah s.a.w. Model paling utama untuk diikuti, bermula dengan masjid dan tempat-tempat ibadah seperti dengan Masjid dan tempat ibadah seperti Surau dan Madrasah sebagai tempat pengajian.
Keikhlasan guru-guru yang mengajar pula tanpa sebarang imbuhan dunia dan kesedaran para pelajar menuntut ilmu bukannya bermatlamatkan ijazah atau sanjungan. Tetapi semata-mata untuk membebaskan diri dari keluarga dan masyarakat daripada belenggu kejahilan adalah merupakan nadi utama sistem pengajian di Pondok.
Yang kedua , ia mengamalkan sukatan pembelajaran berasaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Asas sukatan pengajian yang menekankan keseluruhannya kepada ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah secara teori dan praktikal bersumberkan Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Kitab-kitabnya pula adalah daripada kitab-kitab yang muktabar yang sudah diakui kesahihan dan ketepatannya. Jadi masihkah ada lagi pesoalannya?
Sedar atau tidak institusi pengajian Pondok sebenarnya menjadi benteng utama bagi menangkis serangan penyelewengan Aqidah, Ibadah dan Syaksiyyah ummah. Justeru itu ia dapat melahirkan ulama'-ulama' pewaris nabi.
Sejarah telah membuktikan kebanyakan tokoh ulama' adalah daripada kalangan lepasan pengajian Pondok. Ini jelas membuktikan institusi pengajian Pondok juga mampu menyumbangkan sesuatu yang sangat bernilai untuk Negara.
Bahkan sumbangan Institusi ini merupakan permata yang tiada nilainya. Hakikatnya ulama' Al-Amilun ( ulama' yang beramal dengan ilmu ) inilah yang menjadi penyelamat masyarakat sekiranya fungsi ulama' diletakkan pada tempatnya yang sebenar.
Terus membina kegemilangan
Menyedari hakikat tersebut maka institusi Pondok ini mempunyai komitmen yang padu menyeluruh dan terancang daripada umat Islam terutamanya golongan pelajar yang menjadi komponen utama.
Walau baru sebulan ana berada di institusi ini, ana percaya setiap usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat yang agung ini dengan menyediakan bekalan yang secukupnya akan mampu meletakkan diri kita di tengah masyarakat sebagaimana generasi pasa Sahabat r.a.
Perlu peka dengan masaalah ummah dan dunia disamping memikir dan merancang strategik untuk kemajuan umat Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Maka demikian tidaklah sekali-kali turut lena bersama arus masyarakat jahilliah moden atau lebih menyedihkan lagi bila kita telah terjerumus dalam masyarakat yang menjadi penentang Islam. Nauzubillah !
Janganlah kita biarkan tamadun Islam terhakis dan terkubur ditindas oleh nizam pendidikan sekular yang bermatlamatkan madiyyah. Sesungguhnya pelajar Pondok yang mempunyai kualiti iman, hati yang bersih, akhlak dan akal yang baik sangat penting untuk menimba ilmu Allah yang suci ini.
Dalam pada itu ana rasa bersyukur kepada Allah Taala kerana menggerakkan hati ini untuk menyatu dan mengeluarkan idea mencari inisiatif untuk memberi penjelasan yang nyata dan berdakwah kepada masyarakat yang perihatin dengan pendidikan Islam.
Mengimbas kenangan lalu, bertahun-tahun lamanya ana belajar dengan pendidikan sekular bermula daripada peringkat rendah hinggalah ke peringkat yang tinggi ( Bukan dalam bidang Al-Qur’an, Ushuluddin atau berkaitan dengan Agama ). Setelah bergelar seorang graduan yang berkelayakkan, entah mengapa ana masih lagi merasakan tiada ketenagan hati dalam menempuh perjuangan hidup.
Rupa-rupanya ada satu seruan yang memanggil ana agar menuntut ilmu Allah yang suci ini dengan lebih mendalam lagi. Namun dengan harapan yang tidak terhingga agar umat Islam yang mencintai kesucian dan keagungan ilmu Islam ini bangkit bersama-sama.
Tingkatkanlah kualiti dan kegemilangan Institusi pengajian Pondok ini sebagai pusat pengajian tinggi Islam yang mampu melahirkan cendiakawan yang bertakwa serta memiliki ilmu yang mantap di dalam menjalankan amanah sebagai khalifah di muka bumi ini.
posted by Halimislam Online @ 7:57 PM |
|
|
0 Comments
|
| |
| Memohon Sumbangan untuk Melanjutkan Pelajaran |
| 05.14.08 (11:27 pm) [edit] |
|
Abdul Halim b. Mohd Pauzi
No. 6176-A Jalan Banggol Pisang Menggala,
17500 Tanah Merah
Kelantan Darul Naim.
Tarikh: 13/05/2008
Kepada:
Pihak Yang Berkenaan
Per: Memohon Sumbangan untuk Melanjutkan Pelajaran Ke Mekah AL-Mukarramah.
Merujuk kepada perkara di atas, saya Abdul Halim b. Mohd Pauzi ( No K/P: 830705-03-5215 ) merupakan pelajar pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Dengan ini memohon jasa baik Dato/Datin/Tuan/Puan untuk menghulurkan sedikit bantuan kepada saya bagi membolehkan saya menyambung pelajaran di sana.
2. Saya ingin melanjutkan pengajian ke Mekah dalam bidang Bahasa Arab dan ingin berguru dengan beberapa orang Ulama’ yang masyhur di sana. Dalam perancangan saya akan bertolak Insya Allah pada hujung bulan lapan nanti.
3. Untuk makluman Dato/Datin/Tuan/Puan, saya tidak mendapat sebarang biasiswa atau bantuan kewangan dari mana-mana pihak samada kerajaan, swasta atau mana-mana badan kebajikan.
4. Saya memerlukan bantuan kewangan sekurang-kurangnya RM10,000.00 bagi membolehkan saya melanjutkan pelajaran di sana dengan selamat. Insya Allah.
5. Hasrat murni saya adalah untuk mendalami ilmu agama untuk diri saya dan Insya Allah sebagai sebagai seorang pendidik untuk anak bangsa saya yang tercinta.
6. Sebarang bantuan kewangan bolehlah di salurkan terus kepada saya dengan menghubungi talian h/p saya : 012-9612394 atau masukkan terus ke dalam akaun Maybank, 162218027124.
7. Segala bantuan yang di hulurkan saya ucapkan jutaan terima kasih. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalasnya.
Sekian Wassalam.
Yang Benar,
……………………⠀¦â€¦â€¦â€¦â€¦â€¦
( Abdul Halim b. Mohd Pauzi )
No K/P: 830705-03-5215
|
|
0 Comments
|
| |
|
|